Saturday, June 11, 2011

KeRaNa aKu WaNiTa....Mayang Sari

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin di sayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran di mataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM...

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami.

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

NUKILAN SEORANG SAHABAT....

KiNi BeRCaHaYa.....awiebakrie azbeck


Sesungguhnya ku merasa
Indah sungguh hidup ini
Kau pancarkan sinar kasih
Berseri aku rasakan
Sesaat ku bersamamu
Terhapus sepi...

Harum sungguh kasihmu
Tak pernah ku merasakan
Hidupku dulu kelam
Kini bercahaya...

PadaMu oh Tuhan
Sering ku berdoa
Restuilah pertemuan ini
Biar abadi

Tersenyum sendiri
Bukti kesyukuran
Dengan berkat kasihmu
Bahagia hidupku

Tak perlu ada kebimbangan
Kutahu tulusnya kasihmu
Melangkah kita sehaluan
Memuji kebesaranNya
Jatuh bangun tetap bersama
Berulam garam pun aku rela
Yang pastinya kau ada di sisi
Itu cukup memadai..

Hidupku dulu kelam
Kini bercahaya...

awiebakrie azbeck
apartment kayangan
kajang utama
kajang.....
.
.............

Sunday, June 5, 2011

SALAM HANGAT SALAM SAYANG SALAM PENUH KERINDUAN..... semuga coretanku sering dan akan jadi penyambung inspirasi kalian teman2...segala yg tertulis lahirnya dari lubuk hati yg sejujurnya penuh keikhlasan....awiebakrie azbeck ( kajang , selangor )

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

..awiebakrie azbeck
..apartment kayangan
..kajang utama
..selangor..
..536am

Saturday, June 4, 2011

MaLAm HaNGat BeGiNi...kita insan perindu...awiebakrie azbeck

Malam hangat begini
sapaan mu menyegar kan aku
dikala kelopak masih bertaut
di kala dingin masih menitis
di kala hati masih terhiris

malam hangat begini
ku kenal raut wajah mu
ku kenal sehiris hati kecil mu
ada sayu sekelumit pilu
namun tegar menempuh waktu

malam hangat begini
kau cerita cebisan kisah mu
aku coret kan sedetik ronaku
sedikit ada persamaan waktu
ada sendu ada pilu

malam hangat begini
sudah menyapa hati ku
mencipta bait2 lagu
sekadar pengubat rindu bertamu

moga tersiram titis2 salju
kerana kita hanya insan2 perindu.......

KaDaNGKaLa aKu......awiebakrie azbeck

kadangkala aku... buntu
mengenang hidup macam kelabu,lesu dn layu
mengenang zuriat mana membisu,pilu dan sayu
mengenang kisah yg menghantu,jiwa dan mindaku

kadangkala aku...rindu
mendengar hilai tawa mu,jerit dn pekik mu
melihat karenah nakal mu,merenget dn memintaku
membisik manja pada ku,memujuk dn merayuku

kadangkala aku.....terharu
tak dapat membahagiakan mu,hidupmu dn duniamu
tak dapat memewahkan mu,makanmu dn pakai mu
tak dapat melayan kehendakmu,inginmu dn mahu mu

kadangkala aku.... tahu
semua ini salah ku..silapku..gagalnya aku
menyediakan semua itu kerna tak mampu
memang itu tugasku,...

bukannya nasibmu
menerima semua itu.......

( buat anak2 yg ku masih merindu )

ABaNG....Mayang Sari

-Abang-...Mayang Sari

* hadirmu tika aku sedang keliru
* fikiranku bercelaru
* tiada arah tuju
* tiada tempat untukku mengadu

Abang...

* kau beri aku semangat
* untuk aku jadi kuat
* dalam menghadapi dugaan yang maha hebat
* walaupun aku sudah cukup penat

Abang...

* kini aku lebih mengerti
* dalam menjalani hidup ini
* perlu menerima dan memberi
* walau tiada berbaki

Abang..

* kasih sayangmu aku hargai
* takkan mampu aku lalui
* kehidupan aku ini
* tanpa hadirnya kau di sisi

Abang...

* akanku cuba balas budimu
* walau hanya sekelumit rindu
* sedangkan aku tahu
* kau tidak mengharapkan begitu

Abang...

* dengan ilmu yang kau berikan
* akanku jadikan pedoman
* untukku perbaiki kehidupan
* agar kasihku berpanjangan

Abang...

* terima kasih untuk segalanya
* bagiku kau tiada duanya
* selagi aku hidup di dunia
* kaulah di hatiku selamanya.....

nukilan rasa dari mayang sari......

KuTiNGGaL KeNaNGaN SiLaM......awiebakrie azbeck

- kutinggal kenangan silam -


ku gagahi langkah perjalanan
mencari sang puteri
serasi seia sekata
masih adakah lagi di alam ini
akn memahami diri ini
menerima diri ini
tiada lagi kata nan seindah bahasa
tiada lg harga seindah yg di cerca

Ku tinggal kenangan silam
namun tanpa kusedari
menyapa lalu berdesir bayu
membisik harapan tersirat di kalbu
sama pernah dijalan berliku
tidak seia sekata baiklah membisu
apa dikata tempelak nya cuma
perginya senyap entah dimana
tanpa berita lenyap kuburnya

ku tinggal kenangan silam
segerakan saja cerita kita
biar dunia semua berbicara
rata rata kepingin bahagia
dari hidup berulam dusta
baik jujur walau pun tuba

maniskan muncul akhirnya
pupuk ia semaikan dan baja
doa mengiring semuga bahagia
lahirkan zuriat dari kasihnya
lahirlah cinta kealam bahagia.....

''Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya''

****MenGapa DiHatiku***
- Awie Bakrie Azbeck -

Mengapa dihatiku
masih terlekat rindu tika aku ingin beradu
sedang kebencian sudah lama bertamu
Ingin kulupakan tapi tak termampu

Mengapa di hatiku
masih berbunga cinta di kelopak asmara
sedangkan hati kecewa melara
tangis sudah kering dimata

mengapa dihatiku
masih memikir pada kenangan masa silam
sedang dendam mula membakar jiwa kian kelam
hendak ku telan bagaikan tuba sepahit mempelam

mengapa dihatiku
masih mengingatinya pada cerita hampa
sedang kasih lebur pudar tanpa warna
menyiksa batin sampai merana

Mengapa dihatiku
masih terasa sayang
sedangkan kini sudah melayang
hendak ku lupa tapi terbayang
jangan sampai mabuk kepayang

mengapa dihatiku
masih pilu sayu
sedangkan semua sudah berlalu
jangan dikesal apa berlaku
kerana takdir jua jadi penentu.........

sebenarnya aku ingin menjadi sesuatu yg boleh kau rindu.........
kerana dulu kau bahagia bagiku.....
walau aku yg derita keranamu....

mengapa dihatiku...

TeRLuKa LaGi....Mayang Sari

*TERLUKA LAGI*

Senda gurau tawa ria
Bagai tiada sebarang duka
Dalam hati tiada terduga
Tersirat berbagai kisah lara

Kau racik hatiku dengan kata-kata
Perasaanku kau toreh dengan kaca
Jiwaku direntap tanpa senjata
Betapa sakitnya hanya aku yang merasa

Katamu tulus mencintai aku
Namun ragaku dilukai selalu
Kepercayaanku kini telah lenyap buatmu
Jangan disalahkan aku atas sikap itu

Terluka lagi sebuah perasaan
Tiada ubat yang mampu menyembuhkan
Kuburkan cinta itu tanpa nisan
Biarlah ia hanya tinggal kenangan

Friday, June 3, 2011

HARI INI ,ahad, 5JUNE2011//SALAM HANGAT SALAM SAYANG SALAM PENUH KERINDUAN..... SELAMAT berHARI minggu...semuga coretanku sering dan akan jadi penyambung inspirasi kalian teman2...segala yg tertulis lahirnya dari lubuk hati yg sejujurnya penuh keikhlasan....awiebakrie azbeck // kajang selangor

Inspirasi merupakan ilham yang dikurniakan Allah kepada semua insan dalam pembentukan minda dan kehidupan. Coretan dan kehadiran awiebakrie azbeck diharap dapat menjadi penyambung inspirasi anda semua dititian perjalanan kehidupan ini

PeTaNG iNi......awiebakrie azbeck

petang yg hangat..
di perjalanan ini...

aku temui ilmu
dari seorg insani
ternyata amat bermakna
terpahat dlm diriku
tertanam dlm jiwaku
tertusuk di sanubariku
tertikam dipelusuk hatiku....

tersedar diri hampir tersasar
muncul peringatan amat besar
terbangkit aku dari layu
tika terasa aku tak mampu
mengharungi setiap detik dn waktu
membelah arus nan berliku
meredah onak yg berpeluru
mencari sebuah kepastian yg tak tentu...

kita sebenarnya mampu
menongkah haluan yg bercelaru
kerana sudah bulat tekad yg jitu

hanya DIA yg satu
jadi pedoman di perjalanan itu

hanya DIA yg tahu
kepastian yg sudah di tentu

hanya Dia mampu
merealisasikan segala doamu.....

kuatkan iman mu
cekalkan hati mu

tabahkan jiwa mu
tetapkan pegangan mu
pada DIA yg SATU.....

MaLaM iNi ( kalimah sakti ).....awiebakrie azbeck

malam ini
aku berlantaikan sekeping hati
masih bercanggah keliru jiwa
mana mngkin ia menyapa
sedang aku hanya siapa
penglipur yg lara
hanya pelagu nan derita
puisi ala kecewa

malam ini
aku terharu
kalimah sakti mu
sesekali aku terkedu kelu
namun ku tahu
ada kerinduan dtg bertamu
ada ilham mengiring ilmu
ada nada di sebalik pilu
ada jiwa yg terharu
ada semangat kental bertalu
ada di hikmah jua rahmat dari MU...

akn ku pegang amanah darimu
ku simpan di lipatan hatiku....
akkhirnya aku tahu memang benar kata mu...
kalau ujian datang bertalu.....

..KITA ANTARA YG TERPILIH...DIA lah penentu..
ada rahmat di sebalik itu...
teruskan langkahmu..( aku jua begitu )....

TeMaN.....awiebakrie azbeck ,,( 4 jun 2011 )

teman..
kau menjelma tatkala aku dlm penantian
mencari sinar harapan
menunggu kasih yg hilang
mengharap cinta yg tak kesampaian

teman..
kau hadir umpama bidadari
bersama embun mesra di waktu pagi
kelopak mu segar menyejuk kan hati
membelai jiwa kepelusuk sanubari

teman..
kau tiba bagai kan pelangi
bercahaya wajah mu berseri
namun pasti kau sudah cukup bg menyenangkan hati ini
merawat duka hati ku yg hampir mati

teman..
mahukah kau berjanji
walau kau tak dapat ku miliki
walau kau sudah di punyai
dapat kah dikau sayangi dan kasehi
walau pun hanya sebagai mimpi

apa yg pasti cinta masih bersemi
sayang ada di hati
kasih tersemat rapi
cinta tak berbelah bagi
hingga akhir nanti

walau bukan kita di jodohkan di dunia ini........


MenGapa DiHatiku .... Awie Bakrie Azbeck 28hb Mac 2011 pukul 10.38 pagi

Mengapa dihatiku
masih terlekat rindu tika aku ingin beradu
sedang kebencian sudah lama bertamu
Ingin kulupakan tapi tak termampu

Mengapa di hatiku
masih berbunga cinta di kelopak asmara
sedangkan hati kecewa melara
tangis sudah kering dimata

mengapa dihatiku
masih memikir pada kenangan masa silam
sedang dendam mula membakar jiwa kian kelam
hendak ku telan bagaikan tuba sepahit mempelam

mengapa dihatiku
masih mengingatinya pada cerita hampa
sedang kasih lebur pudar tanpa warna
menyiksa batin sampai merana

Mengapa dihatiku
masih terasa sayang
sedangkan kini sudah melayang
hendak ku lupa tapi terbayang
jangan sampai mabuk kepayang

mengapa dihatiku
masih pilu sayu
sedangkan semua sudah berlalu
jangan dikesal apa berlaku
kerana takdir jua jadi penentu.........

sebenarnya aku ingin menjadi sesuatu yg boleh kau rindu.........
kerana dulu kau bahagia bagiku.....
walau aku yg derita keranamu....

mengapa dihatiku...

DiMaNaKaH DiKau SaYaNG.....awiebakrie azbeck

dimana kah dikau..sayang
aku disini kebingungan
aku disini kesepian
aku disini keseorangan
aku disini kerinduan

dimana kah dikau.intan
aku dlm kesakitan
aku dlm keresahan
aku dlm kepiluan
aku dlm penantian

dimana kah dikau...manja
kering sudah airmata
parah sudah dlm jiwa
lebur sudah dlm dada
hancur sudah punah segala

dimana kah dikau ...kasih
tahukah hati ku pedih
tahukah batin ku menjerih
tahukah jiwa ku merintih
tahukah.....

aku terhiris..terguris....
pedih sedih..
letih..

.....di manakah dikau.......




detik sudah berubah ..4june2011...salam hangat salam manis buat semua yg sudi singgah di ruangan saya..doaku agar kalian semua beroleh kesejahteraan yg berpanjangan..dlm rahmat Allah..amin3....awiebakrie azbeck /// kajang selangor..

Sandarkan Resahmu Di Bahuku

Kasih bisikkan padamu
Tentang sucinya cintamu
Agar padam keraguan ini
Buangkan semua risau di hati

Kasih berjanji padaku
Kaukan setia menunggu
Agar cinta yang telah berbunga
Pasti subur selama-lamanya

Hulurkan jemari lembutnya
Rebahkan resah di wajahmu
Sandarkan bersama semua harapan
Di atas bahuku

Kasih marilah bersama
Kita memohon padanya
Agar cinta yang mekar ini
Sentiasa segar dan abadi
.....lagu DARI SMH...........

salam hangat salam sabtu buat warga SKS dn teman2 FB sekalian
CORETANKU PENYAMBUNG INSPIRASI........awiebakrie azbeck // kajang

DARI Gloryjee Hajijah Piee...3hbjune2011

Cinta bagaikan air laut yang mengisi sebahagian isi bumi…
memberi banyak kehidupan..
membuat orang ingin tahu..
dan tiap orang pasti mengalami cinta..
cinta itu keikhlasan..
cinta itu kemauan..
cinta itu saling mengerti..
cinta itu indah jika kita menempatkannya pada tempat terbaik dalam hati..
jadikan cinta itu indah dihatimu..
karena cinta mampu seindah yang kau mau
Dalam pintaku pada-NYA terselip namamu yang selalu kurindu

BUAT PeRMaTa HaTiKu....( aku merindui kalian )

sejak sekecil telapak tangan
ku dodoi dgn kasih dn sayang
ku belai siang dn malam
ku jaga pagi dn petang

di saat kalian membesar
aku kehilangan arah
kerana takdir tak bisa ku ubah
segalanya jadi pemisah

kini aku di balut rindu
pada kalian kasih hatiku
dari titis darah daging ku
walau di cincang tak putus begitu

aku berdoa di suatu masa
kalian akn ada bersama
disaat indah hari bahagia
walau kita dh lama tak bersua

rindu ku pada kalian tak pernah bertepi
sentiasa terpahat di sanubari
aku selalu menghitung hari
semuga kalian dpt ku temui

pada ALLah aku meminta
dgn linangan airmata
sekali sahaja sebelum ajal tiba
dpt memeluk mencium mesra
kalian tetap anak2 babah.....

salam hangat salam sayang''
'walau dimana kalian berada....

PUISI PILIHAN....ABAH ...Mayang Sari

Abah
Sesungguhnya aku amat rindukanmu
Rindu pada kisah lalu
Saat aku di peluk olehmu
Bila kau mengusap rambutku...

Abah
Kehilanganmu amat terasa
Kesedihanku tiada noktahnya
Kau satu dalam sejuta
Lelaki terbaik dalam dunia....

Abah
Kau beriku didikan agama
Aku diajar pelbagai doa
Pesananmu tetap bertahta
Solat jangan sering di lupa....

Abah
Betapa engkau disanjung orang
Kerana engkau seorang penyayang
Tak ambil tahu kisah orang
Apatah lagi menghina sebarang....

Abah
Namamu sungguh bermakna
ABDULLAH-hamba ALLAH yang tak pernah leka
Ilmu akhirat tak pernah alpa
Tahajjud,Hajat sering di utama....

Abah
Pemergianmu tidak aku ratapi
Bukan kerna tidak menyayangi
Kerna wajahmu sungguh berseri
Terbayang-bayang sehingga kini....

Abah
Anakmu berdoa pada Tuhan
Tempatkan engkau dikalangan orang beriman
Moga dirimu sentiasa berteman
Bersama amalan yang tak pernah diabaikan...

Al-fatihah....

buat semua teman2 yg sudah kehilangan ayahanda tercinta....
semuga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin3...

Wednesday, June 1, 2011

SALAM HANGAT SALAM SAYANG SALAM PENUH KERINDUAN..... semuga coretanku sering dan akan jadi penyambung inspirasi kalian teman2...segala yg tertulis lahirnya dari lubuk hati yg sejujurnya penuh keikhlasan....awiebakrie azbeck // kajang selangor

Inspirasi merupakan ilham yang dikurniakan Allah kepada semua insan dalam pembentukan minda dan kehidupan. Coretan dan kehadiran awiebakrie azbeck diharap dapat menjadi penyambung inspirasi anda semua dititian perjalanan kehidupan ini

PUISI HATIKU

-semuanya tentang dirimu-

Di ujung lembayung senja
Lamunan berhenti di bayangMU
Bayang yang selalu menjadi mimpi
Pada hati yang menunggu

Di gelapnya cahaya bulan
Khayalanku jatuh di diriMU
Sosok yang terus melekat dalam jiwa
Bersama rindu yang mendera

Di terbitnya sang fajar
Pikiranku masih tentangMU
Pada diri yang tertanam di relung
Yang menjadi paruhan hidup

tika mentari menyinsing hari
hati ku masih padaMU
di tapak2 titian dunia
bagi mengisi perjalanan

langkah2 di terik mentari
jiwa ku tetap padaMU
ku tenang menjejak hari
hingga senja kembali....
semuanya tentang diri MU.....


............................................


malam2 sepi...
tinggalku sendiri..
bayangan mu kasih yg menemani mimpi...
senyum dan tawa mu..
bermain di mata..
biar dalam jaga biar dlm lena...

sampai bila harus begini meredahi jalan berduri..
kasih sayang bukan gurauan..
cinta bukan hanya mainan...
berkurun dlm penantian.....

pernah kau bisik pernah kau janjikan ..
bahagai derita di tempuh bersama...
badai taufan tiba melanda asmara terlerai setia di persada duka...
bagai kaca jatuh kebatu..
begitu lah hancur hatiku..
setia ku kau persenda kan perpisahan yg kau pintakan...

hanya dlm lagu ku kirimkan pesan..
angin yg berlalu sampaikan lah salam...
tak mungkin gerhana di sepanjang usia..
bahagiakan menjelma mengusir sengsara..

tanpa cinta hidup melara...
bagai lagu tanpa irama kembalikan warna hidupku..
terangi lah kelam di jiwaku......
kususuri jejak langkahmu..
lemas aku ditasik rindu........



*****************************


takkan pernah ada damai
bersenandung
kemesraan sesungguhnya keterpaksaan cuma

senyum dan tawa hanya sekadar
sebagai pelengkap sandiwara
hela nafas teman yg kecewa

menyedari diri dah lama terleka
ingin memberi seadilnya
tanpa sedikit merasa

kiranya bakal mengundang sengsara
menjadi yg terbaik pasti nya
rupanya tak seperti di sangka

akhirnya kecewa jua
hilang sudah maruah segala
semuga jadi iktibar di sebalik cerita

jgn terlalu cepat memberi keadilan
kerana semuanya tak seindah yg di impikan.....


##############################


Bersyukurlah karena masih ada hari ini,
ketika kemarin harapan tak menjadi kenyataan,
ketika kemarin ada kecewa yg mengigit,

ketika jiwa terasa hampa ....
Berbahagialah krn masih ada hari ini untuk menjadikannya lebih baik,
berdamai dengan hati
Berpikir dengan tenang

berkeputusan dgn matang
berusaha disertai doa.....
Doa...
Usaha...
Istiqamah...
Tawakkal...
Insyaallah....kejayaan pasti milik kita....


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Antara pagi dan dini hari
Antara sore dan malam hari
disini adanya pertemuan
Damainya di saat ini

Jauh terlalu jauh berlari
Lama terlalu lama menanti
Hati kini terusik

Teras dunia
Terhenti seketika
Hanya degup jantung
Sapa mengapa

Demi mendengar ucapan
Dengan penuh keihlasan

Sesegar sesuci embun pagi
Seindah cerita dalam mimpi
Pertemuan ini seindah adalah realiti

Hargai lah setiap detik pertemuan walau dgn siapa biar di mana saja
anggap ia suatu anugerah Allah....Kerana setiap yg berlaku ada hikmah yg tidak ternilai ada titik yg amat berharga..demi membina sebuah penghidupan.....
YG penting fokus kn "mindset' kita..peka dgn persekitaran..adil kpd setiap makhluk dn insan kerana setiap mereka mempunyai hak masing2 dlm perkongsian di dunia ALLah yg sementara ini....amin3..




%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%


sewaktu senja melabuhkan layarnya...
aku merenung di kejauhan langit
aku perhati kelibat bulan
aku meninjau sinaran bintang

aku menoleh kezaman silam
siapa aku,darimana datang
sekarang dimana
esok kemana
meninjau kemasa hadapan
adakah masih panjang
apakah persediaan
atau masih dirancang......

akhirnya kutemui jawapan
aku perlu segera siapkan
segala yg bakal dibekalkan
segala apa yg nak ditinggalkan
sekurang2nya jd ingatan
pada setiap insan
sesuatu yg indah utk dikenangkan....


abababababababababababababababababababababababab


Walaupun langit pada malam itu
Bermandikan cahaya bintang
Bulan pun bersinar, betapa indahnya
Namun menambah kepedihan

Ku akan pergi meninggalkan dirimu
Menyusuri liku hidupku
Janganlah kau bimbang dan jangan kau ragu
Berikanlah senyuman padaku....

Selamat tinggal kasih sampai kita jumpa lagi
Aku pergi sebentar cuma
pasti saja ku akan kembali lagi
Asalkan engkau tetap menanti...

esok kita jumpa lagi.....

........................................


Sekian lama deritanya
Dia bawa bersama-sama hidup ini
Mengharung masa-masa yang pahit
Namun hatinya tak pernah kecewa

Berjuta-juta peristiwa
Yang tak mungkin lagi dapat dipisahkannya
Begitu kasihnya dibelai dan dimanja
Namun akhirnya kecewa melanda

Kini semuanya sudah berlalu sepi
Dia menangis mengenang kembali
Segala beban ditempuh tiada erti
Bagaikan debu dibawa angin

Dia berjalan penuh hampa
Namun dia terima segala-galanya
Menadahkan tangan kepada Yang Esa
Bersyukur diatas pemberianNya........

PUISI PILIHAN KU.....Mayang Sari

Dalam mencari sinar harapan
Termanggu diri keseorangan
Terkapai sendiri di tengah lautan
Melawan arus kehidupan

Ternampak ia dalam tiada
Bagai mentari menyuluh sinarnya
Sebalik cerahnya cahaya suria
Awan kelam hebat bermaharajalela

Bila kata sering dipersenda
Ibarat ombak mengganas di lautan gelora
Jatuh terhempas berderai kaca
Luluh hati meratap hiba

Mampukah aku kehilanganmu
Dalam mimpi pun aku tak mampu
Kerna utuhnya cintaku padamu
Sedangkan cintaku kau persiakan begitu

Tetap ku kuatkan jiwa dan raga
Agar bisa ku bertahan selagi daya
Walau aku hanya insan biasa
Namun aku juga layak untuk bahagia

PUISI PILIHAN KU ...awiebakrie azbeck

takkan pernah ada damai
bersenandung
kemesraan sesungguhnya keterpaksaan cuma

senyum dan tawa hanya sekadar
sebagai pelengkap sandiwara
hela nafas teman yg kecewa

menyedari diri dah lama terleka
ingin memberi seadilnya
tanpa sedikit merasa

kiranya bakal mengundang sengsara
menjadi yg terbaik pasti nya
rupanya tak seperti di sangka

akhirnya kecewa jua
hilang sudah maruah segala
semuga jadi iktibar di sebalik cerita

jgn terlalu cepat memberi keadilan
kerana semuanya tak seindah yg di impikan.....

PETIKAN KEGEMARAN KU....awiebakrie azbeck

*Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow. The important thing is not to stop questioning.~Albert Einstein

*Cherish all your happy moments; they make a fine cushion for old age.~Christopher Morley

*When one door of happiness closes, another opens; But often we look so long at the closed door that we do not see the one that has been opened for us.~Helen Keller

*Never take life too seriously. Nobody gets out alive anyway.

*If you cannot be a poet, be the poem.~David Carradine

*There are only two tragedies in life: one is not getting what one wants, and the other is getting it.~Oscar Wilde

PERJALANAN KU...awiebakrie azbeck

bab satu (1)...di PeRJaLaNaN Ku

kicau ciak mendesir ketika mentari mula menyinar cahayanya..
pak ngah melangkah kesawah nk meninjau padi yg di kumpul setelah di banting semalam..
mak ngah yg sarat menunggu hari setia membancuh kopi kegemaran pak ngah nk di hidang bersama sepiring rebus ubi..
dari semalam perut sudah mula terasa senak2 seakan2 sudah tiba masanya..
tp rasanya belum lg kerana ini bukan pengalaman pertama..
sudah 6 anak yg di lahirkan nya..
tp hanya 3 yg ada manakala 3 lg meninggal semasa kecil..
yg tinggal semua dara,doanya dpt lah seorg putera kali ini..
biasanya pak ngah ke kebun menoreh getah tapi hari ini tak sedap rasa hati nak tinggalkan mak ngah seorang diri..
kerana sedang menunggu hari..
sawah cuma di belakang sahaja..
apa2 berlaku boleh dgr panggilannya..

perut mak ngah sekali sekali terasa sakit..
berselang seli dtgnya bak pesan orgtua..
kalau kerap hingga tk dpt dikira mungkin sudah tiba masanya...
matahari semakin meninggi meniti hari..
pak ngah sibuk mengemas padi dn sesekali membakar jerami...

tiba-tiba pak ngah terhenti..
sayup kedengaran suara memanggil ..
ohh..mak ngah..
mungkin ada apa2 perkara..
bingkas bangun menghayun langkah menuju kerumah..
menerpa di muka pintu,wajah mak ngah berkerut menahan sesuatu..
ya allah..kenapa ni???........

sakitnya perut tak tertahan lagi..
mak ngah menangis menahan diri
pak ngah terus berlari kerumah pek cu bee
memberitahu kejadian ini..
dtg lah pek cu bee pantas sekali
terus menerpa sambil berdoa
semuga semua nya selamat nanti...

uuweee..uweee..uwweee....
tepat jam 1150 pagi.....14/06/65 tahun masehi
lahirlah seorang ank lelaki yg akhirnya di beri nama .....

awie bakrie.............


salam hangat salam sayang.......
CORETANKU PENYAMBUNG INSPIRASI.....awiebakrie azbeck