Friday, June 3, 2011

PeTaNG iNi......awiebakrie azbeck

petang yg hangat..
di perjalanan ini...

aku temui ilmu
dari seorg insani
ternyata amat bermakna
terpahat dlm diriku
tertanam dlm jiwaku
tertusuk di sanubariku
tertikam dipelusuk hatiku....

tersedar diri hampir tersasar
muncul peringatan amat besar
terbangkit aku dari layu
tika terasa aku tak mampu
mengharungi setiap detik dn waktu
membelah arus nan berliku
meredah onak yg berpeluru
mencari sebuah kepastian yg tak tentu...

kita sebenarnya mampu
menongkah haluan yg bercelaru
kerana sudah bulat tekad yg jitu

hanya DIA yg satu
jadi pedoman di perjalanan itu

hanya DIA yg tahu
kepastian yg sudah di tentu

hanya Dia mampu
merealisasikan segala doamu.....

kuatkan iman mu
cekalkan hati mu

tabahkan jiwa mu
tetapkan pegangan mu
pada DIA yg SATU.....

2 comments:

  1. kerna DIA takkan mengecewakanmu
    kerna DIA lebih tahu
    kerna DIA ALLAH yang satu

    ReplyDelete
  2. kita sebenarnya mampu
    menongkah haluan yg bercelaru
    kerana sudah bulat tekad yg jitu...

    ReplyDelete