Friday, June 3, 2011

PUISI PILIHAN....ABAH ...Mayang Sari

Abah
Sesungguhnya aku amat rindukanmu
Rindu pada kisah lalu
Saat aku di peluk olehmu
Bila kau mengusap rambutku...

Abah
Kehilanganmu amat terasa
Kesedihanku tiada noktahnya
Kau satu dalam sejuta
Lelaki terbaik dalam dunia....

Abah
Kau beriku didikan agama
Aku diajar pelbagai doa
Pesananmu tetap bertahta
Solat jangan sering di lupa....

Abah
Betapa engkau disanjung orang
Kerana engkau seorang penyayang
Tak ambil tahu kisah orang
Apatah lagi menghina sebarang....

Abah
Namamu sungguh bermakna
ABDULLAH-hamba ALLAH yang tak pernah leka
Ilmu akhirat tak pernah alpa
Tahajjud,Hajat sering di utama....

Abah
Pemergianmu tidak aku ratapi
Bukan kerna tidak menyayangi
Kerna wajahmu sungguh berseri
Terbayang-bayang sehingga kini....

Abah
Anakmu berdoa pada Tuhan
Tempatkan engkau dikalangan orang beriman
Moga dirimu sentiasa berteman
Bersama amalan yang tak pernah diabaikan...

Al-fatihah....

buat semua teman2 yg sudah kehilangan ayahanda tercinta....
semuga di tempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin3...

3 comments:

  1. mayang sari..sering menulis puisi2 yg menyentuh hati kita bila menghayatinya...syabas.....

    ReplyDelete
  2. sedih...terkenangkan pada orang tersayang

    ReplyDelete
  3. al fatihah buat arwah ayah dn mak....semuga damai di sana..amin3....

    ReplyDelete