Saturday, June 11, 2011

KeRaNa aKu WaNiTa....Mayang Sari

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin di sayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran di mataku

peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu

kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku

saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM...

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjatmu telah jatuh pada pandangan kami.

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

NUKILAN SEORANG SAHABAT....

KiNi BeRCaHaYa.....awiebakrie azbeck


Sesungguhnya ku merasa
Indah sungguh hidup ini
Kau pancarkan sinar kasih
Berseri aku rasakan
Sesaat ku bersamamu
Terhapus sepi...

Harum sungguh kasihmu
Tak pernah ku merasakan
Hidupku dulu kelam
Kini bercahaya...

PadaMu oh Tuhan
Sering ku berdoa
Restuilah pertemuan ini
Biar abadi

Tersenyum sendiri
Bukti kesyukuran
Dengan berkat kasihmu
Bahagia hidupku

Tak perlu ada kebimbangan
Kutahu tulusnya kasihmu
Melangkah kita sehaluan
Memuji kebesaranNya
Jatuh bangun tetap bersama
Berulam garam pun aku rela
Yang pastinya kau ada di sisi
Itu cukup memadai..

Hidupku dulu kelam
Kini bercahaya...

awiebakrie azbeck
apartment kayangan
kajang utama
kajang.....
.
.............

Sunday, June 5, 2011

SALAM HANGAT SALAM SAYANG SALAM PENUH KERINDUAN..... semuga coretanku sering dan akan jadi penyambung inspirasi kalian teman2...segala yg tertulis lahirnya dari lubuk hati yg sejujurnya penuh keikhlasan....awiebakrie azbeck ( kajang , selangor )

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

..awiebakrie azbeck
..apartment kayangan
..kajang utama
..selangor..
..536am

Saturday, June 4, 2011

MaLAm HaNGat BeGiNi...kita insan perindu...awiebakrie azbeck

Malam hangat begini
sapaan mu menyegar kan aku
dikala kelopak masih bertaut
di kala dingin masih menitis
di kala hati masih terhiris

malam hangat begini
ku kenal raut wajah mu
ku kenal sehiris hati kecil mu
ada sayu sekelumit pilu
namun tegar menempuh waktu

malam hangat begini
kau cerita cebisan kisah mu
aku coret kan sedetik ronaku
sedikit ada persamaan waktu
ada sendu ada pilu

malam hangat begini
sudah menyapa hati ku
mencipta bait2 lagu
sekadar pengubat rindu bertamu

moga tersiram titis2 salju
kerana kita hanya insan2 perindu.......

KaDaNGKaLa aKu......awiebakrie azbeck

kadangkala aku... buntu
mengenang hidup macam kelabu,lesu dn layu
mengenang zuriat mana membisu,pilu dan sayu
mengenang kisah yg menghantu,jiwa dan mindaku

kadangkala aku...rindu
mendengar hilai tawa mu,jerit dn pekik mu
melihat karenah nakal mu,merenget dn memintaku
membisik manja pada ku,memujuk dn merayuku

kadangkala aku.....terharu
tak dapat membahagiakan mu,hidupmu dn duniamu
tak dapat memewahkan mu,makanmu dn pakai mu
tak dapat melayan kehendakmu,inginmu dn mahu mu

kadangkala aku.... tahu
semua ini salah ku..silapku..gagalnya aku
menyediakan semua itu kerna tak mampu
memang itu tugasku,...

bukannya nasibmu
menerima semua itu.......

( buat anak2 yg ku masih merindu )

ABaNG....Mayang Sari

-Abang-...Mayang Sari

* hadirmu tika aku sedang keliru
* fikiranku bercelaru
* tiada arah tuju
* tiada tempat untukku mengadu

Abang...

* kau beri aku semangat
* untuk aku jadi kuat
* dalam menghadapi dugaan yang maha hebat
* walaupun aku sudah cukup penat

Abang...

* kini aku lebih mengerti
* dalam menjalani hidup ini
* perlu menerima dan memberi
* walau tiada berbaki

Abang..

* kasih sayangmu aku hargai
* takkan mampu aku lalui
* kehidupan aku ini
* tanpa hadirnya kau di sisi

Abang...

* akanku cuba balas budimu
* walau hanya sekelumit rindu
* sedangkan aku tahu
* kau tidak mengharapkan begitu

Abang...

* dengan ilmu yang kau berikan
* akanku jadikan pedoman
* untukku perbaiki kehidupan
* agar kasihku berpanjangan

Abang...

* terima kasih untuk segalanya
* bagiku kau tiada duanya
* selagi aku hidup di dunia
* kaulah di hatiku selamanya.....

nukilan rasa dari mayang sari......

KuTiNGGaL KeNaNGaN SiLaM......awiebakrie azbeck

- kutinggal kenangan silam -


ku gagahi langkah perjalanan
mencari sang puteri
serasi seia sekata
masih adakah lagi di alam ini
akn memahami diri ini
menerima diri ini
tiada lagi kata nan seindah bahasa
tiada lg harga seindah yg di cerca

Ku tinggal kenangan silam
namun tanpa kusedari
menyapa lalu berdesir bayu
membisik harapan tersirat di kalbu
sama pernah dijalan berliku
tidak seia sekata baiklah membisu
apa dikata tempelak nya cuma
perginya senyap entah dimana
tanpa berita lenyap kuburnya

ku tinggal kenangan silam
segerakan saja cerita kita
biar dunia semua berbicara
rata rata kepingin bahagia
dari hidup berulam dusta
baik jujur walau pun tuba

maniskan muncul akhirnya
pupuk ia semaikan dan baja
doa mengiring semuga bahagia
lahirkan zuriat dari kasihnya
lahirlah cinta kealam bahagia.....