Thursday, August 11, 2011

Hadiah PeRkaHWiNaN....oleh aza nuruddin

Hadiah perkahwinan buat sahabatku "awie Bakrie"
Ingatlah...Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia..
Isteri yang kita nikahi tidaklah semulia khadijah
tidaklah setaqwa aishah
pun tidak lah setabah fatimah..

Justeru..isteri kita hanyalah seorang wanita akhir zaman..
Yang punya cita-cita menjadi solehah..
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana...janganlah kita tersentak
kerana...kita bukanlah sehebat Nabi Muhammad saw..bukanlah setabah Nabi Ayub
pun bukanlah..se bijak Luqman Al-hakim...pun bukan sekaya Nabi Sulaiman
juga bukan wali allah, bukan para pejuang yang gugur syahid, bukan ilmuan Islam terbilang, bukan abid (ahli ibadah)..

cuma..kita hanyalah suami ahkir zaman yang terlalu banyak dosa dan noda.. ..juga kita terlalu jahil..untuk membimbing isteri sebagai calun ahli syurga..
Bimbingilah isteri dengan ilmu....biarkan isteri meneguk sepuas-puasnya ilmu dari kita ..kerana hanya ilmu dan amal akan menentukan isteri kita di syurga atau neraka...
saat isteri menjadi anak kecil kamu lah tempat bermanja
saat isteri menjadi racun kamu lah penawarnya

perkahwinan itu menginsafkan kita perlunya ilmu, iman dan taqwa
sahabatku.....kebahgiaan bukan terletak pada kemewahan dunia..

-salam pengantin baru..

No comments:

Post a Comment