Saturday, June 4, 2011

''Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya''

****MenGapa DiHatiku***
- Awie Bakrie Azbeck -

Mengapa dihatiku
masih terlekat rindu tika aku ingin beradu
sedang kebencian sudah lama bertamu
Ingin kulupakan tapi tak termampu

Mengapa di hatiku
masih berbunga cinta di kelopak asmara
sedangkan hati kecewa melara
tangis sudah kering dimata

mengapa dihatiku
masih memikir pada kenangan masa silam
sedang dendam mula membakar jiwa kian kelam
hendak ku telan bagaikan tuba sepahit mempelam

mengapa dihatiku
masih mengingatinya pada cerita hampa
sedang kasih lebur pudar tanpa warna
menyiksa batin sampai merana

Mengapa dihatiku
masih terasa sayang
sedangkan kini sudah melayang
hendak ku lupa tapi terbayang
jangan sampai mabuk kepayang

mengapa dihatiku
masih pilu sayu
sedangkan semua sudah berlalu
jangan dikesal apa berlaku
kerana takdir jua jadi penentu.........

sebenarnya aku ingin menjadi sesuatu yg boleh kau rindu.........
kerana dulu kau bahagia bagiku.....
walau aku yg derita keranamu....

mengapa dihatiku...

2 comments:

  1. mengapa dihatimu
    masih sayu pilu
    kerna hatimu selembut bayu
    perasaanmu sering sendu
    kenangan itu terukir indah dimindamu
    takkan mungkin terkikis oleh angin lalu..

    ReplyDelete